Tuesday, 30 December 2008

PENAJAAN BAJU KELAB DAN JERSI













Penyerahan Baju Kelab Oleh En Nasaruddin Musa, Pemilik SHAHIRA CAFE CORNER
Alhamdulilah...rezeki Kelab Sepaktakraw Sinar Putra, Tmn Mewah Yong Peng makin bertambah dengan penajaan baju kelab oleh SHAHIRA CAFE CORNER. Jutaan terima kasih diatas penajaan tersebut terutama pemilik atau 'tokey' SHAHIRA CAFE CORNER, En Nasaruddin Musa. Keceriaan jelas terbayang disetiap wajah ahli Kelab Sepaktakraw Sinar Putra.

Ini merupakan baju kelab yang pertama dimiliki oleh kelab sejak ditubuhkan pada bulai Julai 2008 tempohari. Diharapkan penajaan ini dapat diteruskan pada masa-masa yang akan datang.
Tidak ketinggalan juga terdapat seseorang yang telah menghulurkan sumbangan berupa jersi untuk kegunaan ahli kelab. Ini semua atas daya usaha pihak pengurusan Kelab Sepaktakraw Sinar Putra terutamanya Pengerusi Kelab, En Mohd Yusaini Wardi dan Setiausaha Kelab, En Md Rahim Selamat.













Penyerahan Sumbangan Jersi (2 Set) Oleh Pengerusi Kelab En Mohd Yusaini Wardi Kepada Ketua Pasukan Kelab, En Syaifulnizam Abu Hassan

No comments: