Monday, 6 October 2008

KELAB SEPAKTAKRAW SINAR PUTRA

Alhamdulilah..akhirnya tertubuhlah Kelab Sepaktakraw Sinar Putra Taman Mewah atas daya usaha otai2 takraw di Taman Mewah Yong Peng. Tujuan kelab ini adalah untuk memberi tunjukajar kepada anak-anak muda yang ada di Taman Mewah dan juga disekitar Yong Peng. Dengan keahlian seramai hampir 30 orang yang purata umur ahlinya dalam lingkungan belasan tahun diharapkan dapat menjadi pemain yang berbakat...dengan sasaran agar ada beberapa pemain yang dapat mewakili negara pada suatu masa nanti. Kelab Sinar Putra ditubuhkan pada pertengahan bulan Julai 2008 dan dipengurusikan oleh En Yusaini Wardi. Berkat bakat dan tunjukajar yang singkat ini Kelab Sepaktakraw Sinar Putra telah menjadi Johan dalam Kejohanan Sepaktakraw Sempena Karnival Bulan Kemerdekaan 2008 Zon Yong Peng baru-baru ini. Pada bulan puasa latihan tetap diteruskan kerana pada awal bulan Disember 2008 kelab akan menganjurkan satu pertandingan sepaktakraw bawah 21 tahun. Diharapkan semuanya berjalan lancar.....